= TERKINI=
Perkembangan semasa..

SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRI BERTANDING SEBAGAI PRESIDEN PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA 27 SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada seluruh ahli-ahli seniman serta tidak dilupakan jugak kepada pemerhati diluar seniman yang prihatin terhadap permasalahan seniman sejak dari mula kontroversi dicipta oleh sesetengah pihak yang tidak berpuashati semasa saya memegang tampuk kepimpinan seniman pada 26 mei 2012 semasa pemilihan seniman yang lalu.

Saya terpanggil untuk menulis kali ini adalah disebabkan terlalu banyak pekara yang memburukkan nama saya dan keluarga ia sekaligus memberi pandangan negatif khusus kepada ahli-ahli seniman. Untuk pengetahuan semua pada 27 september 2014 sabtu ini pada pukul 9 pagi di finas ahli-ahli seniman akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli bagi memilih presiden dan ajk baru untuk memperjuang, membela nasib mereka dan mentadbir persatuan seniman, persatuan artis yang tertua di malaysia.

Oleh itu, apabila ada pemilihan jadi ramai akan bertanding bagi merebut jawatan di dalam persatuan tersebut. Kempen telah dibuat bagi mereka yang ingin bertanding dan sebagai ahli seniman saya memerhati kebanyakkan mereka ini berkempen bukan ingin menerangkan misi dan visi untuk memajukan seniman tetapi mereka ini berkempen setiap hari untuk memburuk-burukkan pihak yang ingin bertanding bagi apa sahaja jawatan. Ini satu kempen yang saya anggap terlalu keji dan tidak profesional.

Saya juga terlah dilanda pelbagai cabaran supaya memungkinkan saya bertanding sebagai presiden seniman untuk tempoh yang baru oleh pihak yang tidak berpuashati terhadap saya. Mereka mempertikaikan dari sudut teknikal, personal, dan jugak mencipta cerita yang tidak benar yang saya anggap sebagai fitnah bagi mengelirukan ahli-ahli seniman untuk mengundi saya sebagai presiden seniman pada 27 september 2014 ini. Pelbagai fitnah ditujukan kepada saya seperti "ada orang cakap zed tidak suka veteran", zed menyeleweng duit seniman, zed bangkrap dan banyak lagi fitnah yang ditujukan kepada saya. Disini saya ingin menyatakan segala fitnah itu tidak benar! dan saya tidak teragak-agak membawa pekara ini ke mahkamah hanya masa yang akan menentukan.

Saya begitu kesal kerana ini di anggap sebagai kempen tidak sihat dan cuba menjatuhkan kredibiliti dan imej saya selaku calon untuk menawarkan diri sebagai presiden seniman. Mereka yang tidak berpuashati dengan saya, berkempen untuk menjatuhkan saya dari pelbagai cara dan saya menganggap mereka-mereka ini sebagai orang yang tidak bermoral dan mempunyai integriti yang rendah dan tidak boleh kita harapkan bagi mentadbir seniman untuk penggal yang baru.

Saya tidak pernah mengaibkan mana-mana pihak dan saya berharap pekara yang sama juga perlu dilakukan oleh pihak yang tidak berpuashati dengan saya sebagai menghormati diantara satu dengan yang lain. Dibawah kepimpinan saya sebelum ini banyak yang telah saya lakukan bersama-sama ajk yang telah dilantik untuk membela dan memperjuangkan hak ahli-ahli seniman seperti skim insurance seniman yang telah diluluskan oleh kerajaan sebanyak 1.1 juta kepada ahli seniman, perumahan rakyat 1 malaysia (prima) kepada artis, kad diskaun 1 malaysia bagi menampung kos sara hidup yang tinggi dan penubuhan (msag) badan kutipan royalti untuk pelakon telah membuahkan hasil. Ini memberikan kelebihan dan kebaikan kepada ahli-ahli seniman dari sudut kebajikan secara holistik.

Malangnya, semua pekara dan perjuangan diatas terbantut di tengah jalan oleh kerana seniman telah disaman oleh ahlinya sendiri atas alasan kononnya mereka mahu menyelamatkan seniman. Dengan menyaman persatuan seniman sebagai defendan pertama dan diikuti pemegang jawatan tertinggi dalam persatuan seniman sebagai defendan kedua hingga kelapan maka keputusan mahkamah memihak kepada mereka dan kekalahan seniman dimahkamah semuannya disebabkan kekalahan secara teknikal. Dengan kemenangan itu mereka menjaja kepada ahli-ahli seniman yang merekalah hero seniman yang sebenar.

Ya, mereka memang hero, disebabkan itu pentadbiran seniman telah digantung selama setahun, ahli-ahli seniman terkontang-kanting, ramai artis yang sakit dan meninggal tidak dapat seniman menyalurkan sumbangan, pejabat seniman ditutup, elektrik dan telepon pejabat seniman di potong dan yang paling utama jatuhnya maruah seniman! malunya... persoalan saya sekirannya kita mempunyai masalah keluarga adakah kita akan berkongsi masalah itu kepada orang lain? jawapannya tidak! kerana ini adalah prinsip kekeluargaan supaya kita boleh menjaga maruah keluarga kita dari terus dijaja oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi tidak hairanlah mereka-mereka ini yang dianggap hero sanggup menjaja maruah mereka kepada orang ramai dan menanggap diri mereka inilah yang suci dan bukan orang yang munafik!

Oleh yang demikian saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli seniman memilih mereka-mereka yang boleh bekerja untuk ahli secara ikhlas, jujur, amanah dan yang paling utama jangan menfitnah sesama sendiri serta bersatu bagi memperkasakan kembali persatuan seniman dimana imejnya telah tercalar dengan teruk diatas saman di mahkamah yang saya anggap paling terburuk dalam sejarah seniman kerana inilah kali pertama seniman disaman dimahkamah.

Dengan ini saya dengan rasa rendah diri sedia berkhidmat kepada ahli-ahli seniman bagi memegang tampuk kepimpinan seniman sebagai presiden seniman semula dengan niat untuk membela dan memperjuangkan nasib ahli-ahli seniman dan yang paling utama berilah saya peluang untuk menghabiskan kerja saya yang tertangguh atas saman yang telah dilakukan oleh ahlinya sendiri.

TRANSFORMASI SENIMAN MAJU, BERSATU, MARTABATKAN MARUAH SENIMAN!

ZED ZAIDI ZED ZAIDI Author

About Me!

Blog rasmi Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi K.M.N. B.Comm (Hons)

Hubungi Saya

Artikel Pilihan

BH Online: Zed Zaidi terima pingat KMN

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pi...

Jumlah Pelawat

Pengikut

Ruang Iklan!